This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Penegas

Nota Tatabahasa Tahun 4:
1.)  Kata penegas ialah kata tugas yang digunakan untuk menegaskan atau member penekanan pada sesuatu.
2.)  Kata penegas terbahagi kepada dua golongan.
3.)  Jadual di bawah menerangkannya:
Kata penegas
Contoh
-kah; -lah  
Kata ini digabungkan dengan perkataan yang ditegaskan. Perkataan yang ditegaskan dicetak tebal. Contoh:
    a)  Siapakah guru matematik 
         kamu?
    b)  Adakah awak melihat Lina 
         tadi?
    c)  Inilah lukisan yang saya lukis 
         semalam.
    d) Orang itulah yang menolong kami 
         tadi?
hanya; juga; lagi
Kata ini hadir sebelum atau setelah perkataan yang ditegaskan. Perkataan yang ditegaskan dicetak tebal. Contoh:
     a) Saya hanya hendak menolong 
         awak.
     b) Hanya Fikri tidak hadir untuk 
         latihan ini.
     c) Sabariah juga hendak menderma.
     d) Saya juga takut akan ular.
     e) Jambatan baru itu belum siap 
         lagi.
     f) Datuk saya sakit lagi minggu ini.

0 comments:

Post a Comment