This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Aktiviti Kata Ganti Nama Diri

Aktiviti Tatabahasa:


Kenal pasti kata ganti nama diri dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, kategorikan mengikut jenisnya sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga.


Ayat
 Jenis
1.
"Kamu boleh menyertai pertandingan melukis itu," kata Puan Ani kepada anaknya.

2.
"Bolehkah hamba tumpang bertanya?" kata Aduka kepada pengawal itu.

3.
"Bagaimanakah caranya awak menyelesaikan masalah itu?" Tanya Kumaresan kepada Azli.

4.
"Kamu tidak mahu pergi ke kantin?" Tanya Azmah kepada Mahani.

5.
"Beta berharap rakyat negeri ini hidup bersatu padu," titah Sultan.

6.
Mereka akan bertolak dari Larkin dengan menaiki bas ekspres.

7.
"Kalian perlu beratur di luar kelas sebelum bergerak ke makmal sains," kata Cikgu Dalila kepada murid-muridnya.

8.
Dalam pertandingan bercerita itu, ia hanya mendapat hadiah sagu hati.

9.
"Harap tuanku dapat menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," rayu Datuk Bendahara kepada Sultan.

10.
"Kami terpaksa bermalam di dalam hutan selama dua hari," cerita Darshan, Leong dan Azli kepada Renjer Rahman.

0 comments:

Post a Comment