This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Tanya

Nota Tatabahasa Tahun 4:
1.)   Kata Tanya digunakan untuk bertanyakan sesuatu.
2.)  Contoh kata tanya ialah: apa, siapa, mengapa, berapa, bagaimana, bila dan mana.
3.)  Partikel ‘-kah’ hendaklah diletakkan selepas kata tanya. Manakala tanda tanya ‘(?)’ hendaklah diletakkan pada akhir ayat.
Kata Tanya
Penggunaan
Contoh Ayat
Apa
Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat
·         Apakah warna bendera Malaysia?
·         Apakah binatang yang berkeris di kaki?
·         Apakah nama ibu negeri Selangor?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan manusia
·         Siapakah yang mencuri pen saya?
·         Siapakah guru matematik kamu?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab
·         Mengapakah awak berdiam diri?
·         Mengapakah kamu gagal dalam ujian?
Berapa
digunakan untuk menanyakan masa atau bilangan
·         Berapakah harga buku ini?
·         Pukul berapakah sekarang?
Bagaimana
digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan
·         Bagaimanakah keadaan mangsa bot karam itu?
·         Bagaimanakah cara membuat laying-layang ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
·         Bilakah bas ini akan bertolak?
·         Bilakah ujian akan diadakan?
mana
Digunakan untuk menanyakan tempat atau arah
·         Dari manakah dia datang?
·         Di manakah rumah Ramlah?

0 comments:

Post a Comment