This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Seru


Nota Tatabahasa Tahun 4:
1.)    Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada suka, marah, geram, sedih, benci dan sebagainya.
2.)    Ayat yang mengandungi kata seru akan diakhiri dengan tanda seruan ( ! ).
3.)    Kata seru apabila digunakan dalam ayat akan membentuk ayat seruan.
Kata Seru
Penggunaan
Contoh Ayat
Aduh
Perasaan sakit / hairan
Aduh, pedihnya lukaku!
Aduh, sakitnya kepada saya!
Ah
Tidak suka / tidak setuju
Ah, aku tidak setuju!
Ah, pergilah engkau seorang!
Amboi
Kagum / hairan
Amboi, cantiknya adik kamu!
Amboi, segaknya awak!
Eh
Hairan / terkejut
Eh, itu Alina!
Eh, manalah saya tahu!
Cis / Cih
Ejek / marah / tidak suka
Cis, berani kamu menghina ayah kami!
Cis, sia-sia sahaja kamu belajar tinggi-tinggi!
Hai
Menyapa / menarik perhatian
Hai, sudah lama betul kita tidak berjumpa!
Hai, cantiknya kasut!
Nah
Menarik perhatian / geram
Nah, fikirkanlah saudara-saudara!
Nah, ambillah kembali barang-barang kamu!
Oh
Hairan / terkejut / kecewa / ingatan
Oh, kamu rupanya!
Oh, malangnya nasib Si Mala!
Huh
Tidak upaya
Huh, letihnya saya!
Huh, berat betul bangku ini!
Wahai
Sedih / menarik perhatian
Wahai tuan-tuan, insaflah!
Wahai bonda, marilah kita pulang!


0 comments:

Post a Comment