This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Kerja

Tatabahasa Tahun 4: Kata Kerja

1.)    Kata Kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang dan binatang atau sesuatu yang berlaku. Perhatikan kata kerja yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut:
a)      Pak Karim menembak tupai. ( Perbuatan )
b)      Kucing itu sedang minum susu. ( Perbuatan )
c)      Kipas angin di dalam kelas itu masih berpusing. ( Sesuatu berlaku )
2.)    Pembahagian kata kerja adalah seperti dalam rajah di bawah.
Ø  Transitif
                                                       I.            Aktif
                                                    II.            Pasif
Ø  Tak Transitif
                                                       I.            Berpelengkap
                                                    II.            Tanpa Pelengkap
3.)    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Perhatikan ayat-ayat berikut. Kata kerja digariskan di bawahnya dan objek dicetak tebal.
a)      Pak Tam sedang menyirat jala.
b)      Arnab itu mengorek lubang.
4.)    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, iaitu tidak memerlukan objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
5.)    Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap? Objek boleh mengalami proses pasif manakala pelengkap tidak. Lihat contoh di bawah.

Objek
Pak Hussin mencantas dahan pokok.
Dahan pokok dicantas oleh Pak Hussin.
( proses pasif )
Pelengkap
Kesihatannya bertambah baik.
Baik ditambah oleh kesihatannya.
( proses pasif yang salah )


0 comments:

Post a Comment