This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Aktiviti Kata Tanya


Aktiviti:
Padankan ayat tanya dengan ayat penyata yang berikut:
Ayat Penyata
Ayat Tanya
1.)   Nelayan-nelayan itu telah menangkap tiga tan ikan malam tadi.
( a ) Bagaimanakah hendak   
       merebus  kerang?
2.)  Mereka bertengkar tentang pemilihan ketua darjah apabila seorang menyokong Nick dan seorang lagi menyokong David.
( b ) Di manakah Encik Leo?
3.)  Basuh kerang itu hingga bersih. Kemudian rebus hingga masak. Kerang itu telah masak jika kulitnya sedikit terbuka.
( c ) Siapakah yang 
       berbual-bual dengan 
       Kudus dalam majlis itu?
4.)  Dalam majlis itu Kudus sedang berbual-bual mesra dengan seseorang yang tidak dikenali.
( d ) Berapakah jumlah ikan 
       yang ditangkap oleh 
       nelayan-nelayan itu?
5.)  Encik Lingam mencari-cari Encik Leo tetapi tidak Nampak. Dia bertanya kepada Puan Rabtah.
( e ) Mengapakah 
       pertengkahan
       itu berlaku?

Jawapan:
1.
2.
3.
4.
5.
(         )
(         )
(         )
(         )
(         )

0 comments

Kata Tanya

Nota Tatabahasa Tahun 4:
1.)   Kata Tanya digunakan untuk bertanyakan sesuatu.
2.)  Contoh kata tanya ialah: apa, siapa, mengapa, berapa, bagaimana, bila dan mana.
3.)  Partikel ‘-kah’ hendaklah diletakkan selepas kata tanya. Manakala tanda tanya ‘(?)’ hendaklah diletakkan pada akhir ayat.
Kata Tanya
Penggunaan
Contoh Ayat
Apa
Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat
·         Apakah warna bendera Malaysia?
·         Apakah binatang yang berkeris di kaki?
·         Apakah nama ibu negeri Selangor?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan manusia
·         Siapakah yang mencuri pen saya?
·         Siapakah guru matematik kamu?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan sebab
·         Mengapakah awak berdiam diri?
·         Mengapakah kamu gagal dalam ujian?
Berapa
digunakan untuk menanyakan masa atau bilangan
·         Berapakah harga buku ini?
·         Pukul berapakah sekarang?
Bagaimana
digunakan untuk menanyakan cara atau keadaan
·         Bagaimanakah keadaan mangsa bot karam itu?
·         Bagaimanakah cara membuat laying-layang ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan masa
·         Bilakah bas ini akan bertolak?
·         Bilakah ujian akan diadakan?
mana
Digunakan untuk menanyakan tempat atau arah
·         Dari manakah dia datang?
·         Di manakah rumah Ramlah?

0 comments

Aktiviti Kata Seru

Aktiviti:
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Rupanya kamu ada di sini!
A    Cih
B    Nah
C    Wah
D    Amboi

2._________! Beruntungnya abang awak!
A    Wah
B    Aduh
C    Oh
D    Eh

3._________! Jangan bermain di sini!
A    Aduhai
B    Ceh
C    Hei
D    Amboi

4._________! Saya hampir terlupa pesanan emak!
A    Amboi
B    Oh
C    Hoi
D    Wah

5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?
A    Wah
B    Cis
C    Eh
D    Oh

6._________! Apa khabar kamu sekarang?
A    Hoi
B    Oh
C    Eh
D    Hai

7._________! Itu cuma perkara kecil sahaja!
A    Wah
B    Eh
C    Oh
D    Amboi

8._________! Lemahnya badan saya ini!
A    Amboi
B    Aduhai
C    Cis
D    Eh

9._________! Kamu telah memenangi pertandingan ini!
A    Oh
B    Syabas
C    Wah
D    Aduhai

10._________! Betulkah jawapan ini?
A    Eh
B    Oh
C    Nah
D    Hoi


0 comments

Kata Seru


Nota Tatabahasa Tahun 4:
1.)    Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada suka, marah, geram, sedih, benci dan sebagainya.
2.)    Ayat yang mengandungi kata seru akan diakhiri dengan tanda seruan ( ! ).
3.)    Kata seru apabila digunakan dalam ayat akan membentuk ayat seruan.
Kata Seru
Penggunaan
Contoh Ayat
Aduh
Perasaan sakit / hairan
Aduh, pedihnya lukaku!
Aduh, sakitnya kepada saya!
Ah
Tidak suka / tidak setuju
Ah, aku tidak setuju!
Ah, pergilah engkau seorang!
Amboi
Kagum / hairan
Amboi, cantiknya adik kamu!
Amboi, segaknya awak!
Eh
Hairan / terkejut
Eh, itu Alina!
Eh, manalah saya tahu!
Cis / Cih
Ejek / marah / tidak suka
Cis, berani kamu menghina ayah kami!
Cis, sia-sia sahaja kamu belajar tinggi-tinggi!
Hai
Menyapa / menarik perhatian
Hai, sudah lama betul kita tidak berjumpa!
Hai, cantiknya kasut!
Nah
Menarik perhatian / geram
Nah, fikirkanlah saudara-saudara!
Nah, ambillah kembali barang-barang kamu!
Oh
Hairan / terkejut / kecewa / ingatan
Oh, kamu rupanya!
Oh, malangnya nasib Si Mala!
Huh
Tidak upaya
Huh, letihnya saya!
Huh, berat betul bangku ini!
Wahai
Sedih / menarik perhatian
Wahai tuan-tuan, insaflah!
Wahai bonda, marilah kita pulang!


0 comments

Video Peribahasa

0 comments

Video Simpulan Bahasa

0 comments

Kuiz Bahasa - Penjodoh Bilangan

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm24.HTM 0 comments

Kuiz Bahasa - Kata Nama

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm20.HTM 0 comments

Kuiz Bahasa - Simpulan Bahasa

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm11.HTM 0 comments