This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Nama Khas

Tatabahasa Tahun 4: Kata Nama Khas

  • Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyebut nama bendaoranghaiwan, dan tempat secara khusus. 
  • Huruf pertama kata nama khas mesti ditulis dengan menggunkan huruf besar sama ada di pangkal ataupun di pertengahan ayat. 

Contoh Kata Nama Khas:
1. Benda ~ Harian Metro, Lipton, Dayabumi, Hotel Hilton, Proton Saga
        Ayat contoh:
    a. Abang membaca akhbar Berita Harian.
    b. Milo minuman kegemaran Bee Ching.
2. Orang ~ Ramlah, Cik Chan, Puan Tan, Datuk Lim
        Ayat contoh:
    a. Ibu dirawat dengan sempurna oleh Doktor Kamal.
    b. Swee Lan murid yang taat dan berdisiplin.
3. Haiwan ~ Si Monyet, Mak Badak, Si Tompok, Pak Belang
        Ayat contoh:
    a. Si Merak sangat sombong kerana berasa dirinya cantik.
    b. Walaupun kecil, Sang Kancil sangat bijak.
4. Tempat ~ Tasik Kenyir, Lorong Lima, Rantau Abang, Kuala Lumpur
        Ayat contoh:
    a. Kami tinggal di Taman Impian.
    b. Port Dickson pantai perkelahan yang popular.


0 comments:

Post a Comment