This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Nama Am

Tatabahasa Tahun 4: Kata Nama Am
  • Kata Nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan nama benda, orang, haiwan, dan tempat secara umum. 
  • Kata nama am ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan.
Contoh Kata Nama Am:
1. Benda ~ almari, pensel, pokok, kereta, cawan
        Ayat contoh:
    a. Pemburu itu membawa selaras senapang.
    b. Baju yang dipakai oleh pengemis itu compang-camping.
2. Orang ~ ibu, datuk, kakak, pakcik, guru
        Ayat contoh:
    a. Jururawat itu memberi saya makan ubat.
    b. Adik tidak ke sekolah pada hari ini kerana deman.
3. Haiwan ~ ayam, kambing, sotong, siput, burung
        Ayat contoh:
    a. Banyak anjing berkeliaran di lorong itu.
    b. Ular termasuk dalam kumpulan haiwan reptilia.
4. Tempat ~ kampung, pekan, stadium, hutan, pasar
        Ayat contoh:
    a. Kapal itu sedang belayar di laut.
    b. Bandar besar biasanya sibuk dengan kenderaan.











0 comments:

Post a Comment