This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Hubung


Nota Tatabahasa Tahun 4

1.0 Pengenalan
      1.) Kata hubung merupakan perkataan yang menghubungkan dua perkataan 
           yang sama jenis, frasa atau klausa.
      2.) Kata hubung terbahagi kepada dua, iaitu:
·         Kata hubung gabungan
·         Kata hubung pancangan

1.2 Kata Hubung Gabungan
      1.) Kata hubung gabungan digunakan untuk menggabungkan kata, frasa 
           atau kehendak dalam bentuk ayat majmuk gabungan.
      2.) Contohnya ialah dan, tetapi, sambil, lalu, atau, supaya, kecuali, padahal, 
           malah, manakala.
           Contoh ayat:
a)      Ahmad dan Fauzi akan memasuki perlumbaan jalan kaki.
b)      Fatimah makan nasi sambil mendengar radio.

1.3 Kata Hubung Pancangan
1. ) Kata hubung pancangan digunakan untuk memancang satu klausa pada 
       klausa yang lain untuk membentuk ayat pancangan.
2.) Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga iaitu:
·         Kata hubung pancangan relative
·         Kata hubung pancangan komplemen
·         Kata hubung pancangan keterangan

Kata Hubung Pancangan Relatif
1.)    Kata hubung pancangan relative berfungsi menghubungkan klausa utama 
            dengan klausa kecil yang lain.
2.)    Kata hubung jenis ini sering dikaitkan dengan ʻyangʼ.
       Contoh ayat:
a)      Budak yang membaca itu adik saya.
b)      Mereka menonton cerita yang disukai ramai.

Kata Hubung Pancangan Komplemen
1.)    Kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan klausa 
             komplemen pada klausa utama.
2.)    ʻBahawaʼ dan ʻuntukʼ merupakan kata hubung yang digunakan dalam kata 
             hubung pancangan komplemen.
       Contoh ayat:
a)      Sungguh mudah untuk menyiapkan kerja itu.
b)      Kita mestilah ingat bahawa tanggungjawab seorang ibu amat berat.

Kata Hubung Pancangan Keterangan
1.)    Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang
             menjadi keterangan kepada klausa utama.
2.)    Contoh:
Apabila
Meskipun
Sungguhpun
Agar
Walaupun
Semoga
Kerana
Semasa
Tatkala
Sewaktu
Setelah
Sementara
Jika
Hingga
      Contoh ayat:
a)      Ahmad disayangi guru kerana rajin.
b)      Kalau sakit, jangan lupa makan ubat.
c)      Penonton pulang setelah pertandingan bola sepak itu selesai.




0 comments:

Post a Comment