This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Aktiviti Kata Hubung


Aktiviti:
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata hubung yang diberikan di bawah.

1.)  Nasuha memberitahu Cikgu Ramli (                           ) dia tidak dapat datang ke sekolah selama seminggu kerana deman campak.

2.)  Saya berdoa (                           ) kesihatan bapa kamu yang masih terlantar di hospital itu segera sembuh.

3.)  Rasyidah masih tidak dapat menjahit pakaian itu
      (                           ) saya telah mengajarnya beberapa kali sebelum ini.

4.)  (                           ) hujan lebat dan kilat sabung-menyabung, latihan kriket pada petang ini terpaksa dibatalkan.

5.)  Ramlah tidak lagi terpaksa berlapar pada setiap waktu pagi 
      (                           ) dia mendapat bantuan rancangan makanan tambahan di sekolah.

semenjak
agar
padahal
sekiranya
bahawa

            

0 comments

Kata Hubung


Nota Tatabahasa Tahun 4

1.0 Pengenalan
      1.) Kata hubung merupakan perkataan yang menghubungkan dua perkataan 
           yang sama jenis, frasa atau klausa.
      2.) Kata hubung terbahagi kepada dua, iaitu:
·         Kata hubung gabungan
·         Kata hubung pancangan

1.2 Kata Hubung Gabungan
      1.) Kata hubung gabungan digunakan untuk menggabungkan kata, frasa 
           atau kehendak dalam bentuk ayat majmuk gabungan.
      2.) Contohnya ialah dan, tetapi, sambil, lalu, atau, supaya, kecuali, padahal, 
           malah, manakala.
           Contoh ayat:
a)      Ahmad dan Fauzi akan memasuki perlumbaan jalan kaki.
b)      Fatimah makan nasi sambil mendengar radio.

1.3 Kata Hubung Pancangan
1. ) Kata hubung pancangan digunakan untuk memancang satu klausa pada 
       klausa yang lain untuk membentuk ayat pancangan.
2.) Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga iaitu:
·         Kata hubung pancangan relative
·         Kata hubung pancangan komplemen
·         Kata hubung pancangan keterangan

Kata Hubung Pancangan Relatif
1.)    Kata hubung pancangan relative berfungsi menghubungkan klausa utama 
            dengan klausa kecil yang lain.
2.)    Kata hubung jenis ini sering dikaitkan dengan ʻyangʼ.
       Contoh ayat:
a)      Budak yang membaca itu adik saya.
b)      Mereka menonton cerita yang disukai ramai.

Kata Hubung Pancangan Komplemen
1.)    Kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan klausa 
             komplemen pada klausa utama.
2.)    ʻBahawaʼ dan ʻuntukʼ merupakan kata hubung yang digunakan dalam kata 
             hubung pancangan komplemen.
       Contoh ayat:
a)      Sungguh mudah untuk menyiapkan kerja itu.
b)      Kita mestilah ingat bahawa tanggungjawab seorang ibu amat berat.

Kata Hubung Pancangan Keterangan
1.)    Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang
             menjadi keterangan kepada klausa utama.
2.)    Contoh:
Apabila
Meskipun
Sungguhpun
Agar
Walaupun
Semoga
Kerana
Semasa
Tatkala
Sewaktu
Setelah
Sementara
Jika
Hingga
      Contoh ayat:
a)      Ahmad disayangi guru kerana rajin.
b)      Kalau sakit, jangan lupa makan ubat.
c)      Penonton pulang setelah pertandingan bola sepak itu selesai.




0 comments

Video Kata Adjektif

0 comments

Kata Adjektif

Tatabahasa Tahun 4: Kata Adjektif

1.) Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
2.) Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda
     orangtempat, binatang, dan sebagainya.
3.) Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan 
     sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat 
     rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
4.) Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut.
Jenis yang menerangkan…
Contoh Kata Adjektif
Ayat Contoh
sifat keadaan
sihat
cantik
1.   Supaya badan sihat, rajin-rajinlah bersenam.
2.   Baju yang cantik itu mahal harganya.
sifat warna
hitam
hijau
1.   Keupayaan siapakah pen hitam ini?
2.   Pasukan bola sepak Kedah memakai baju berwarna hijau.
sifat ukuran
tebal
besar
1.   Baju yang dipakainya tebal.
2.   Rumah-rumah di kawasan itu besar.
sifat bentuk
lurus
bujur
1.   Tiang rumah itu sangat lurus.
2.   Kulitnya putih dan mukanya bujur.
sifat jarak
hampir
jauh
1.   Rumah Hasan hampir dengan rumah saya.
2.   Sanah tinggal jauh daripada keluarganya.
sifat waktu
lama
awal
1.   Sudah lama saya tidak ke sana.
2.   Jasnim datang awal ke sekolah.
sifat perasaan
malu
gembira
1.   Untuk berjaya, kikislah perasaan malu anda.
2.   Mukanya berseri-seri apabila menerima berita gembira itu.
sifat cara
lincah
lambat
1.   Dolah Saleh pemain bola sepak yang lincah.
2.   Orang tua itu berjalan lambat.
sifat pancaindera
masin
harum
1.   Ikan masin itu sudah berulat.
2.   Bunga ros harum baunya.
0 comments

Aktiviti Kata Adjektif

 Aktiviti 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian gariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut.

Kami telah mengadakan gotong-royong pada hujung minggu bagi membersihkan kelas. Pada hari itu, kami datang awal. Setiap kelas membawa pelbagai alat seperti kain buruk, cat, berus cat, penyapu lidi, penyapu panjang dan sebagainya untuk membersihkan kelas. Kami telah mencuci kelas kami sehingga benar-benar bersih. Kemudian, kami telah mengecat kelas kami dengan warna kuning cair seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga telah membeli alas meja yang berbentuk bulat bagi mengalas meja sudut bacaan agar kelas kami kelihatan lebih ceria. Kami turut memasang langsir jingga yang nipis pada tingkap kelas kami.


Aktiviti 2:
Berdasarkan kata adjektif yang kamu gariskan dalam petikan di atas, kategorikannya mengikut jenisnya seperti di bawah.
Bentuk
Warna
Ukuran
Sifat
Waktu












0 comments

Aktiviti Kata Kerja

Aktiviti Tatabahasa:

Kaji ayat-ayat di bawah dan gariskan kata kerja transitif dan bulatkan objeknya.
1.)    Mak Timah menghiris beberapa biji timun untuk dibuat acar.
2.)    Pekerja kedai itu memikul beberapa kampit beras untuk diletakkan di dalam stor.
3.)    Tukang kebun itu sedang memperintah taman di hadapan kawasan sekolah.
4.)    Encik Harun mengirimi anak sulungnya yang berada di luar negara sekotak kuih-muih tradidional.
5.)    Pak Abu memangkas daun-daun pokok renek yang ada di sepanjang tepi pagar sekolah.
6.)    Orang buta itu menganyam sebidang tikar yang dibuat daripada daun pandan.
7.)    Pihak polis memberkas beberapa orang pemuda di kampung itu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
8.)    Puan Hanisah memimpin tangan anaknya sewaktu melintas jalan yang sibuk itu.
9.)    Cikgu Mazwin menyuruh kami mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam petikan itu.
10.)   Pihak kastam berjaya membanteras kes penyeludupan di sempadan negeri itu.
0 comments

Kata Kerja

Tatabahasa Tahun 4: Kata Kerja

1.)    Kata Kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh orang dan binatang atau sesuatu yang berlaku. Perhatikan kata kerja yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut:
a)      Pak Karim menembak tupai. ( Perbuatan )
b)      Kucing itu sedang minum susu. ( Perbuatan )
c)      Kipas angin di dalam kelas itu masih berpusing. ( Sesuatu berlaku )
2.)    Pembahagian kata kerja adalah seperti dalam rajah di bawah.
Ø  Transitif
                                                       I.            Aktif
                                                    II.            Pasif
Ø  Tak Transitif
                                                       I.            Berpelengkap
                                                    II.            Tanpa Pelengkap
3.)    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Perhatikan ayat-ayat berikut. Kata kerja digariskan di bawahnya dan objek dicetak tebal.
a)      Pak Tam sedang menyirat jala.
b)      Arnab itu mengorek lubang.
4.)    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, iaitu tidak memerlukan objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
5.)    Apakah perbezaan antara objek dengan pelengkap? Objek boleh mengalami proses pasif manakala pelengkap tidak. Lihat contoh di bawah.

Objek
Pak Hussin mencantas dahan pokok.
Dahan pokok dicantas oleh Pak Hussin.
( proses pasif )
Pelengkap
Kesihatannya bertambah baik.
Baik ditambah oleh kesihatannya.
( proses pasif yang salah )


0 comments