This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kata Bilangan


Nota Tatabahasa Tahun 4:

1.      Kata bilangan ialah kata tugas yang menunjukkan jumlah kata nama seperti satu, seratus, beberapa, semua, tiap-tiap dan sebagainya.

2.      Kata bilangan dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu kata bilangan untuk yang tentu banyaknya, kata bilangan untuk yang tak tentu banyaknya, kata bilangan untuk sesuatu yang berpisah-pisah, kata bilangan untuk sesuatu yang dihimpunkan dan kata bilangan untuk sesuatu yang dipecah-pecahkan.

3.     Di bawah menyenaraikan jenis-jenisnya, contoh kata bilangan, dan contoh penggunaannya ( kata bilangan telah digaris dan kata nama yang diterangkan dicetak tebal ).
a)      Jenis: bilangan tentu  
Contoh kata bilangan: satu; dua; tiga; empat; dua puluh; tiga puluh; lima ratus; 
                                  enam ribu
Contoh penggunaan:   a.) Kerja ini akan siap dalam masa satu minggu.
                                  b.) Harga kasut ini ialah tiga puluh ringgit.
                                  c.) Usia bangunan ini sudah seratus dua puluh tahun
b)      Jenis: bilangan tak tentu
Contoh kata bilangan: banyak; para; sedikit; semua; seluruh; segala; sekalian; 
                                  beberapa    
Contoh penggunaan:   a.) Banyak pelancong melawat Langkawi.
                                  b.) Semua murid diminta datang pada hari Sabtu.
                                  c.) Segala persiapan untuk sukan Tahunan sudah 
                                       selesai.
                                  d.) Guru besar memanggil beberapa orang murid ke 
                                       pejabatnya.
c)      Jenis: bilangan pisahan
Contoh kata bilangan: tiap-tiap; setiap; masing-masing
      Contoh penggunaan:   a.) Encik Soong bersenam tiap-tiap hari.
                                        b.) Setiap ahli dikenakan bayaran dua ringgit.
                                  c.) Kami bekerja dalam kumpulan masing-masing.
d)     Jenis: bilangan himpunan
Contoh kata bilangan: kedua-dua; ketiga-tiga; bertiga; berlima; 
                                  berpuluh-puluh; berkotak-kotak; berbulan-bulan; 
                                  berlori-lori
      Contoh penggunaan:    a.)  Ketiga-tiga pemenang diberi hadiah buku.
b.)  Kami berlima sahaja hadir pada hari itu.
c.)  Perpustakaan membeli berkotak-kotak buku baru.
e)      Jenis: bilangan pecahan
      Contoh kata bilangan: setengah; separuh; suku; dua pertiga; lima perlapan
Contoh penggunaan:    a.) Kereta api akan sampai setengah jam lagi.
            b.)  Dia hanya makan suku buah betik itu.
            c.) Hanya lima perlapan soalan itu mudah dijawab.



0 comments

Kata Penguat

Nota Tatabahasa Tahun 4:

1)    Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

2)   Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak tebal.
a)    Kasut joging itu terlalu mahal.
b)   Buku cerita kanak-kanak ini agak baru.
c)    Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d)   Hari ini panas sekali.
e)   Suara penyanyi itu merdu nian.
f)    Air sirap ini manis benar.
g)   Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
h)   Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas.
i)     Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya.

3)   Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
Jenis Kata Penguat
Contoh
Penguat hadapan
Paling; terlalu; agak
Penguat belakang
Sekali; benar; nian; betul
Penguat bebas
Amat; sangat; sungguh


2 comments

Aktiviti Kata Arah

Pilih jawapan yang betul:

1. Lokman terus bersembunyi di (             ) pintu rumah   
    ketika adik mencarinya.
      A. balik
      C. bawah
      B. tengah
      D. pinggir

2. Puan Mary duduk di (             ) Selvi yang terlantar di katil 

    hospital.
      A. sisi
      C. sudut
      B. celah
      D. belakang

3. Abang memarahi kakak yang cuai kerana meletakkan 

    pisau di (             )  meja.
      A. kaki
      C. hadapan
      B. atas
      D. seberang

4. Salmi meletakkan seketul batu yang cantik di (             )   

    akuarium.
      A. sisi
      C. pinggir
      B. dalam
      D. seberang

5. Pada (             )   keris itu diperbuat daripada kayu jati.
      A. hulu
      C. belakang
      B. hadapan
      D. seberang

6. Sufian mudik ke (             )   sungai untuk mengangkut 
    barang.
      A. hulu
      C. bawah
      B. celah
      D. penjuru

7. Semua binatang itu dikurung di (             )   sangkar 

    supaya tidak mencederakan pengunjung.
      A. luar
      C. dalam
      B. sudut
      D. hadapan

8. Semua murid dimestikan beratur di (             )   kelas 

    sebelum guru tiba.
      A. kiri
      C. kanan
      B. luar
      D. tengah




0 comments

Kata Arah

Nota Tatabahasa Tahun 4:

1)    Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan hala atau arah. Biasanya, kata arah didahului oleh kata sendi nama di, ke, atau dari dan diikuti pula oleh kata nama.

2)   Perhatikan gandingan kata sendi nama dengan kata arah dalam jadual di bawah. kata arah telah digaris dan kata sendi nama dicetak tebal.

Gandingan 1
Gandingan 2
Gandingan 3
Di atas
Ke atas
Dari atas
Di bawah
Ke bawah
Dari bawah
Di tepi
Ke tepi
Dari tepi
Di tengah
Ke tengah
Dari tengah
Di luar
Ke luar
Dari luar
Di dalam
Ke dalam
Dari dalam
Di sudut
Ke sudut
Dari sudut
Di sisi
Ke sisi
Dari sisi
Di barat
Ke barat
Dari barat
Di timur
Ke timur
Dari timur
Di utara
Ke utara
Dari utara
Di selatan
Ke selatan
Dari selatan
Di kiri
Ke kiri
Dari kiri
Di kanan
Ke kanan
Dari kanan
Di hadapan
Ke hadapan
Dari hadapan
Di belakang
Ke belakang
Dari belakang

3)   Perhatikan ayat-ayat yang berikut.
a)    Encik Ramli berehat di bawah pokok rambutan itu.
b)   Kucing itu lari ke bawah kereta.
c)    Saya terperanjat apabila adik menjerit dari bawah katil saya.
d)   Azlan bermain layang-layang di tengah padang.
e)   Adik Azlan berlari ke tengah padang.
f)    Azlan memanggil saya dari tengah padang.
0 comments

Aktiviti Kata Bantu

Aktiviti:
Baca dan gariskan kata bantu yang terdapat dalam petikan berikut.

Pagi Sabtu yang lalu, ibu telah mengingatkan saya supaya mencuci kasut sekolah saya. Saya memberitahu ibu yang saya akan mencucinya nanti.
Petang Sabtu Pak Long dan keluarganya datang dari Kuala Lumpur. Mereka hendak menghabiskan cuti hujung minggu di kampong. Saya sungguh gembira kerana dapat bermain-main dengan sepupu saya, Afiq. Sepanjang petang kami bermain bola dengan kawan-kawan.
Esoknya, kami pergi memancing di kolam Pak Uda. Kami ingin memancing ikan toman di dalam kolam itu. Kami pernah memancing di situ pada waktu cuti sekolah yang lalu. Jika dapat kami mahu menggorengnya.
Pak Long dan keluarganya balik ke Kuala Lumpur lewat petang itu. Malam itu saya berasa sunyi kerana Afiq sudah pulang. Ketika itu barulah saya sedar yang kasut sekolah saya masih belum bercuci. Saya mesti mengapur kasut sekolah saya pada malam itu juga.
0 comments

Kata Bantu

Nota Tatabahasa Tahun 4:

1.     Kata bantu ialah kata tugas yang membantu predikat ayat. Kata ini hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
2.    Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu:
a)    Kata bantu aspek yang berkaitan dengan masa. Contoh: sedang, masih, sudah, telah, akan, belum, pernah
b)   Kata bantu ragam yang menerangkan ragum perasaan seperti kesukaan, keperluan atau kemampuan apabila melakukan sesuatu. Contoh: hendak, boleh, dapat, mesti, harus
3.    Kaji ayat-ayat berikut. Kata bantu telah digaris dan frasa yang dibantu dicetak tebal.
a)    Encik Amir sedang mencuci keretanya.
b)   Saya masih menunggu Faridah.
c)    Suzana sudah membuat kerja rumahnya.
d)   Badri telah menyaksikan pameran itu.
e)   Kami akan ke stadium pada jam 9.00 pagi.
f)    Buah mangga itu belum masak lagi.
g)   Jenny hendak membeli basikal baru.
h)   Ananda ingin melancong ke Eropah.
i)     “Kamu boleh balik sekarang,” kata Cikgu Lim.
j)    Burung unta tidak dapat terbang.
k)   Semua murid mesti datang Sabtu ini.
0 comments

Aktiviti Kata Penegas

Aktiviti:
Isikan tempat kosong dengan kata penegas yang sesuai.
1.     “Siapa                                  yang tidak bersarapan pagi ini?” Tanya Cikgu Rizal.
2.    Rumah saya jauh dari sekolah. Rumah Rama                                    jauh dari sekolah.
3.    Harga kasut ini                                    RM40.00 sepasang.
4.    Lelaki itu                                    yang menjerit-jerit di dalam bas tadi.
5.    Munirah                                    mendapat hadiah sagu hati dalam pertandingan itu.
6.    Banyak                                    orang beratur hendak membeli tiket pertunjukan itu.
7.    Soosai gemuk tetapi abangnya gemuk                                   .
8.    Gaji Syukri                                    cukup untuk menyara keluarganya.
9.    Rodani                                    yang mengarang sajak-sajak itu.
10. Jangan beli                                    telefon bimbit yang baru itu kerana harganya masih mahal.
0 comments